Skip to main content
Skip to content
Case File
efta-efta00289214DOJ Data Set 9Other

Perihal Siri dan Privasi (maeOS)

Date
Unknown
Source
DOJ Data Set 9
Reference
efta-efta00289214
Pages
2
Persons
0
Integrity

Summary

Ask AI About This Document

0Share
PostReddit

Extracted Text (OCR)

EFTA Disclosure
Text extracted via OCR from the original document. May contain errors from the scanning process.
Perihal Siri dan Privasi (maeOS) Apabila anda menggunakan Siri, perkara yang anda sebut akan dirakam dan dihantar kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Peranti anda juga akan menghantar maklumat lain kepada Apple, seperti nama dan nama panggilan anda; nama, nama panggilan dan perhubungan dengan anda (cthnya, "ayah saya") dalam kenalan buku alamat anda, nama lagu dalam koleksi anda, nama album foto anda dan nama aplikasi dipasang pada peranti anda (secara kolektif, "Data Pengguna" anda). Semua data ini digunakan untuk membantu Siri memahami anda dengan lebih baik dan mengenali perkara yang anda sebutkan. Data ini tidak dikaitkan dengan data lain yang mungkin dimiliki oleh Apple daripada penggunaan perkhidmatan Apple lain oleh anda. Apabila anda menggunakan Siri untuk mencari dokumen anda, permintaan Siri dihantar ke Apple, tetapi nama dan kandungan dokumen anda tidak dihantar ke Apple. Carian dijalankan secara setempat pada Mac. Jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda pada masa anda membuat permintaan juga akan dihantar kepada Apple untuk membantu Siri meningkatkan ketepatan respons kepada permintaan anda. Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Siri. Untuk berbuat demikian, buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, ketik Keselamatan & Privasi, ketik Perkhidmatan Lokasi, nyahpilih kotak semak untuk Siri. Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Siri pada bila-bila masa. Untuk menyahaktifkan Siri, buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, ketik Siri dan nyahpilih kotak semak untuk Dayakan Siri. Jika anda menyahaktifkan ciri Siri dan juga Perencanaan, Apple akan memadamkan Data Pengguna anda serta data input suara terbaru anda. Data input suara lama yang telah dibatalkan perkaitan daripada anda mungkin disimpan untuk suatu tempoh masa bagi meningkatkan Siri, Perencanaan dan fungsi perencanaan dalam produk serta perkhidmatan Apple yang lain secara umum. Data input suara ini mungkin termasuk fail audio dan transkrip mengenai perkara yang anda sebut, data diagnostik yang berkaitan, seperti spesifikasi perkakasan dan sistem pengendalian dan statistik prestasi serta lokasi anggaran peranti anda pada masa permintaan dibuat. Anda juga boleh menyekat terus keupayaan untuk menggunakan Siri di bawah Seting Kawalan Ibu Bapa. Dengan menggunakan Siri, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini, termasuk input suara anda dan Data Pengguna oleh Apple dan subsidiari serta ejennya, untuk menyediakan dan meningkatkan fungsi Siri dan perencanaan dalam produk dan perkhidmatan Apple lain. EFTA00289214 Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh ditemui di www.apple.com/my/privacy. EFTA00289215

Technical Artifacts (1)

View in Artifacts Browser

Email addresses, URLs, phone numbers, and other technical indicators extracted from this document.

Domainwww.apple.com

Forum Discussions

This document was digitized, indexed, and cross-referenced with 1,400+ persons in the Epstein files. 100% free, ad-free, and independent.

Annotations powered by Hypothesis. Select any text on this page to annotate or highlight it.